Kiub masakan pes kering adalah satu revolusi penyediaan makanan terkini yang memudahkan proses memasak, menjimatkan masa dan kos, serta menjadikan masakan lebih berkhasiat, sihat dan lazat menepati citarasa sebenar.
Pes masakan di pasaran yang biasanya dalam bentuk basah menyukarkan untuk di bawa ke mana-mana sahaja kerana memakan ruang dan tidak tahan lama selepas dibuka yang memerlukan penyimpanan dalam peti sejuk.
Kiub masakan Delish iaitu pes kering mudah disimpan pada suhu bilik dan tahan sehingga 2 tahun, senang dibawa ke mana sahaja, tidak perlu tumisan, mudah dimasak oleh sesiapa sahaja!
Hanya masukkan kiub masakan Delish, air atau minyak dan daging, ayam, atau makanan laut serta sayuran kegemaran anda. Campak-campak, 10 minit dah siap! Ia juga mendapat persijilan HALAL Jakim, MESTI, HACCP dan GMP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah menembusi pasaran antarabangsa. Produk Delish adalah 100% produk keluaran Muslim Bumiputra.
1 kiub 10g 1 pek x 6 kiub = 60g 1 kiub untuk 1-2 orang hidangan